Projek Homestay (Tourism Malaysia) Kampung Taman Sedia Penginapan Muslim , Bumiputera, Perniagaan Keluarga, Jauh Dari Kesibukan, Berhampiran Padang Golfdan Hutan Lipur, Berhampiran Dengan Bandar Tanah Rata dan Brinchang, Service Makanan Muslim dan Catering, Sesuai utk Family Day, Sesuai untuk Bajet "Group Tour". HUBUNGI KAMI: Suhaimi 019 3355542 (Hp/SMS/Whatsapp)
Friday, June 25, 2010
From Blog Minda aku.com :Cameron Highlands
Cameron Highlands
Kalau sebut Cameron Highlands, pasti anda terbayangkan keenakan menghirup Teh Boh, tempatnya yang indah, udaranya yang nyaman dan menyegarkan.Suasana hutannya dilitupi kabus tebal yang kaya dengan flora dan fauna.Pasti ramai yang teruja atau ingin bercuti di sana.Ramai pengguna internet yang mencari tempat penginapan yang sesuai di Cameron Highlands.Jadi aku senaraikan laman web yang boleh anda layari dan buat survey soal harga, tempat dan sebagainya untuk menginap di situ.Antaranya :
1. Cameron Highland.com
2. Cameron.com.my
3. CameronHighlandsDestination
4. Equatorial.com
5. Agoda.com
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang MelayuTanah Rata dan Brinchang yang pertama di Cameron Highland, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highland, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.
Sumber : Wikipedia.org
Source/Petikan:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thank You